Program Seminar Pecutan Akhir SPM Dengan Kerjasama Alumni Malaysia-Japan Higher Education Program Bagi Tahun 2016

Program Seminar Pecutan Akhir SPM Dengan Kerjasama Alumni Malaysia-Japan Higher Education Program Bagi Tahun 2016

Selasa, 18 Oktober 2016 : SMK Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan – Program Pecutan Akhir SPM 2016. Slot pertama diisi dengan sesi ‘Keiken Talk’ oleh Alumni YPM, En. Mohd Helmi bin Kamaludin. Keiken dalam Bahasa Jepun bermaksud Pengalaman. Talk pula diterjemahkan sebagai perkongsian. Ya, Perkongsian Pengalaman para alumni di Jepun samada sebagai seorang Pelajar ataupun Pekerja. Seperti semua sedia maklum, Jepun mempunyai budaya yang sangat bagus untuk diadaptasi dan diamalkan. Alumni YPM sangat komited untuk sebarkan pengalaman dan apa yang mereka pelajari di Jepun kepada seluruh rakyat Malaysia terutama sekali dalam kalangan pelajar yang dijadikan sebagai kumpulan sasar bagi keberkesanan program ‘Keiken Talk’ ini.

Slot seterusnya dikendalikan oleh, Encik Mohamad Isa bin Chik, Pengurus, Bahagian Pembangunan Modal Insan YPM. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah yang telah mengharumkan nama sekolah dan ibu bapanya apabila memperoleh keputusan cemerlang 11A dalam peperiksaan SPM dijadikan contoh bahawa tiada alasan untuk berjaya jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kejayaan Muhammad Hadi Darus, 17, wajar dipandang tinggi memandangkan dia merupakan seorang pelajar kelainan upaya (OKU) yang tidak memiliki tangan dan terpaksa menulis menggunakan kaki. Slot ini banyak memberi kesedaran kepada para pelajar untuk meningkatkan usaha untuk mecapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Program Seminar Pecutan Akhir SPM anjuran Yayasan Pelajaran MARA ini dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Isam bin Hj. Mohd Isa, Adun Gemencheh. Seterusnya penyampaian ‘exam kits’ kepada calon-calon SPM untuk ketiga-tiga buah sekolah (SMK Bukit Rokan, SMK Dato’ Mohd Taha & SMK Bukit Jalur). Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam menempuhi ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula pada 7 November 2016.

« 56 of 56 »

Close Menu