Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Hari Akademik 2017

November 16, 2017 @ 8:00 am - 5:00 pm

website akademik-01

Program Hari Akademik 2017 (Sesi Akademik 2017/2018)
Tarikh    : 17 November 2017 (Jumaat)
Tempat : Dewan Hyogo,MJII,Beranang
Masa : 2.30pm – 6.00pm
Info Program :

  • Program Hari Akademik 2017 diadakan untuk pelajar-pelajar MJHEP
    Kumpulan 5 (Tahun 2 Universiti) dan Kumpulan 6 (Tahun 1 Universiti) yang
    mendapat keputusan peperiksaan akhir Semester 1, Sesi Akademik
    2017/2018 yang kurang memuaskan. MJHEP YPM sentiasa berusaha ke
    arah peningkatan prestasi akademik pelajar. Pelaksanaan Program Hari
    Akademik 2017 dilihat sebagai salah satu cara yang sangat berkesan bagi
    memperbaiki dan meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan
    hubungan diantara Pensyarah, Pelajar dan Ibu bapa.

Tujuan/Jusitfikasi :

  • Program Hari Akademik 2017 ini diadakan untuk mencetuskan kesedaran di
    kalangan pelajar tentang pentingnya pelajaran dan tanggungjawab mereka
    sebagai pelajar MJHEP di samping meniupkan semangat dan azam yang
    tinggi hingga ke peringkat universiti Jepun kelak.
  • Perjumpaan di antara Pensyarah bersama pelajar dan ibu bapa diadakan
    sebagai satu wadah yang dapat membantu pelajar untuk meningkatkan
    pencapaian akademik dan semangat serta memperbaiki kelemahan diri.

Pelajar-pelajar dipilih berdasarkan beberapa kriteria seperti berikut:

  1. Mendapat pencapaian Gred C dan ke bawah untuk mata pelajaran
    Bahasa Jepun;
  2. Memperoleh GPA kurang daripada 3.00;
  3. Memperoleh 2 Gred C atau lebih di dalam peperiksaan Semester 1,
    Sesi Akademik 2017/2018;
  4. Gagal dalam mana-mana mata pelajaran

Tentatif Aturcara

2.30pm  :     Ketibaan Pensyarah, Ibu Bapa & Pelajar
Pendaftaran Ibu Bapa & Pelajar

3.00pm  :     Ucapan aluan oleh pengacara majlis
Bacaan doa

3.15pm  :     Ucapan Aluan dari
YBhg. Tuan Hj. Mat Zailani bin Mat Nawawi
Pengarah Projek MJHEP

3.30pm  :     Sesi Soal Jawab

4.00pm  :     Sesi Pensyarah Bersama Ibu Bapa & Pelajar

6.00pm  :     Penutup
Bersurai.

Details

Date:
November 16, 2017
Time:
8:00 am - 5:00 pm
Close Menu