[vc_row][vc_column][vc_column_text]

Logo YPM-01PERMOHONAN BIASISWA

PASCA SISWAZAH KEJURUTERAAN DAN SAINS

DI UNIVERSITI JEPUN

BAGI SESI AKADEMIK 2017

 

Calon-calon Bumiputra dan warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan dipelawa untuk memohon Biasiswa Pasca Siswazah bagi bidang Kejuruteraan dan Sains seperti yang dinyatakan di bawah:

  1. Kejuruteraan [Automotif/Mekanikal/Elektrikal/Elektronik/Mekatronik]
  2. Sains / Kejuruteraan Komputer
  3. Sains [Matematik / Fizik / Kimia]
  4. Nanoteknologi
  5. Bioteknologi
  6. dan lain-lain bidang yang berkaitan dan teknologi terkini atau bidang lain yang dapat menyumbang kepada perkembangan industri di Malaysia.

TEMPOH MASA PEMBIAYAAN BIASISWA:

 2  tahun tempoh pengajian bagi Ijazah Sarjana dan 3 tahun tempoh pengajian bagi Ijazah Sarjana Kedoktoran [PhD].

SYARAT DAN KELAYAKAN MINIMA:

    1. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pengajian Ijazah Sarjana dan 45 tahun bagi pengajian Ijazah Sarjana Kedoktoran pada 1 Januari 2016.
    2. Kepujian semasa pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda / Sarjana daripada universiti Jepun yang diiktiraf (CGPA 2.7 ke atas). Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda atau dalam pengajian Sarjana / Kedoktoran di universiti Jepun juga layak untuk memohon.
    3. Mendapat surat tawaran universiti untuk mengikuti kursus pengajian atau surat pengesahan pelajar bagi mereka yang dalam pengajian.
    4. Menyediakan Kertas Cadangan Tesis yang disokong atau diluluskan bakal Penyelia/ Professor.

Borang permohonan (format excel) dan dokumen sokongan (Kertas Cadangan Tesis, Sijil, Surat Pengesahan dan lain-lain) hendaklah dihantar melalui emel di info@jadypm.edu.my pada atau selewat-lewatnya 31 Ogos 2016.

Muat turun borang permohonan >> DI SINI

Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan calon yang memenuhi syarat minima akan dipanggil untuk sesi temuduga. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi alamat di bawah :-

 

YAYASAN PELAJARAN MARA

Malaysia Japan Higher Education Program

No. 19, Jalan TPS 1/5, Taman Pelangi Semenyih

43500 Semenyih, Selangor

MALAYSIA

(U.P: Unit Koordinasi MJHEP)

 

Tel: +03- 8723 4044/ 1563/ 2616/ 3039; Fax: +03-8723 3053

Email : info@jadypm.edu.my

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Close Menu